Berikutan dengan mesyuarat 'Task Force' Sekolah Bestari Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor bertempat di Bayu Resort Sg Dorani, semua sekolah bestari Negeri Selangor dikehendaki untuk menayangkan montaj ringkas [2-4 minit] berkenaan sekolah masing-masing. Oleh yang demikian, SM Sains Kuala Selangor mempersembahkan montaj tersebut seperti dibawah.
Alhamdulillah, kusess memperoleh tempat kedua... Juri professional terdiri dari Ketua Unit Teknik dan Vokasional Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh Negeri Selangor. Pengumuman keputusan sempat juga di rakamkan.